Berita Utama

‘Uncle Kentang’ positif COVID-19 kategori 4

Pengikut doakan aktivis sosial itu cepat sembuh

SERDANG, 6 Rejab 1443H, Selasa – Aktivis sosial popular, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menghidap jangkitan COVID-19 kategori 4 dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Serdang.

Di laman Facebook, semalam, Chee Heng memaklumkan keadaannya dan memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon.

“Maaf, telefon saya akan dimatikan selama tujuh hari. Sekarang saya di Hospital Serdang. Pejabat akan ditutup selama empat hari mulai hari ini (7 Februari). Talian hotline kami akan ditutup kecuali perkhidmatan ambulans.

“Kami akan menambah Ambulans COVID kepada dua unit lagi kerana ramai yang mendapat COVID,” katanya dalam tulisannya.

Pada masa sama, Chee Heng juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa selamat, memakai pelitup muka dan mengelakkan daripada berpesta.

Ramai pengikutnya yang terkejut mendengar berita itu dan mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Dalam pada itu, Chee Heng berkata, mereka yang ingin mendapatkan bantuan mengenai COVID-19 boleh menghubungi 012-2423360, manakala bagi perkhidmatan ambulans perlu menghubungi 011-55052148.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button