Berita Utama

4 ditahan disyaki terlibat jual sijil cuti sakit palsu

Suspek berusia 22 hingga 35 tahun direman sehingga 11 Februari

SHAH ALAM, 7 Rejab 1443H, Rabu – Polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan sijil cuti sakit palsu sekitar Shah Alam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Azman Ali berkata dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kaloi 17/17 Seksyen 17, Shah Alam, polis turut merampas sejumlah dokumen sijil cuti sakit palsu yang telah siap dicetak dan juga peralatan untuk membuat serta mencetak sijil cuti sakit.

“Antara yang dirampas ialah 62 keping sijil cuti sakit palsu, lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu set komputer, satu mesin cetak dan dua keping kad ATM,” katanya dalam kenyataan.

Katanya suspek yang berusia 22 hingga 35 tahun itu ditahan reman sehingga 11 Februari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya dengan mengemukakan dokumen yang palsu sebagai sah.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan juga dikenakan denda,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button