Dunia

Kes COVID-19 global lepasi angka 400 juta

Setakat ini 5,761,208 kematian dilaporkan di seluruh dunia

NEW YORK, 7 Rejab 1443H, Rabu – Kes COVID-19 global melepasi angka 400 juta pada Selasa, menurut data daripada Johns Hopkins University.

Angka kes global berjumlah 400,244,031, dengan 5,761,208 kematian di seluruh dunia, setakat 5.21 petang waktu tempatan (2221 GMT), lapor Xinhua memetik data itu.

Amerika Syarikat melaporkan 77,025,027 kes dan 908,262 kematian, kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi dunia, menyumbang lebih 19 peratus daripada kes global dan lebih 15 peratus daripada kematian dunia.

India mencatatkan jumlah kes kedua terbesar di dunia sebanyak 42,339,611, diikuti Brazil dengan 26,776,692 kes serta jumlah kematian kedua terbesar di dunia sebanyak 634,057.

Negara lain yang mencatat lebih 12 juta kes termasuk Perancis, Britain, Rusia dan Turki, manakala negara dengan lebih 200,000 kematian termasuk India, Rusia, Mexico dan Peru, menurut data yang dikumpulkan oleh universiti itu

Angka kes global mencapai 100 juta pada 26 Jan 2021, meningkat kepada 200 juta pada 4 Ogos dan melebihi 300 juta pada 6 Januari 2022. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button