Dunia

Omicron: Jepun lanjut sekatan di 13 wilayah selama 3 minggu

Wujudkan 1,000 kemudahan perubatan sementara rawat pesakit

TOKYO, 7 Rejab 1443H, Rabu – Jepun hari ini melanjutkan sekatan COVID-19 di Tokyo dan 12 lagi wilayah lain selama tiga minggu susulan penularan varian Omicron.

Negara berkenaan memecahkan rekod kes harian dan kematian akibat COVID-19 di tengah-tengah lonjakan jangkitan yang didorong oleh varian dari Afrika Selatan itu.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, satu lagi wilayah ditambah di dalam senarai wilayah yang dilaksanakan langkah perintah darurat separa, termasuk sekatan bagi waktu perniagaan restoran.

Katanya, kerajaan Pusat akan mewujudkan kira-kira 1,000 kemudahan perubatan sementara bagi merawat pesakit COVID-19, dengan kerjasama kerajaan wilayah Tokyo serta Osaka.

Jepun telah mengisytiharkan pelbagai peringkat perintah darurat sepanjang dua tahun pandemik itu.

Perintah darurat penuh mungkin membabitkan penutupan premis yang menyajikan minuman beralkohol, sekatan bagi acara sukan dan kebudayaan serta tindakan denda ke atas perniagaan yang gagal mematuhi arahan.

Pelaksanaan yang dipanggil langkah kuasi itu membolehkan gabenor wilayah mengarahkan sekatan pergerakan sosial dan mengehadkan waktu perniagaan.

Penutupan sempadan Jepun selama hampir dua tahun juga menjejaskan kehidupan pelajar dan pekerja, selain berdepan kemungkinan kesan kepada ekonomi.

Kishida berkata, kerajaan akan memikirkan tindakan sewajarnya tanpa memberi sebarang bayangan mengenai kelonggaran segera terhadap sekatan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button