Berita Utama

Semua ketetapan umrah disediakan Arab Saudi

Malaysia hanya ikut sahaja apa disediakan tuan rumah

PETALING JAYA, 7 Rejab 1443H, Rabu – Segala bentuk peraturan berkenaan pelaksanaan ibadah umrah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan hanya mengikut sahaja apa yang telah ditetapkan oleh pihak tuan rumah.

Katanya lagi, ini termasuklah berkaitan perihal setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan ibadah di sana.

“SOP berkenaan umrah dan apa-apa syarat di pihak kerajaan Saudi, seperti mengambil dos penggalak. Kita ikut apa yang pihak sana tetapkan.

“Pintu untuk berangkat ke sana juga sudah dibuka, jadi untuk jemaah yang ingin menunaikan umrah ikut syarat-syarat ditetapkan,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke Program Usrah Bersama Anak Muda di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio Zayan.

Program tersebut diadakan sebagai kesinambungan dari Pelancaran Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangaaan bagi tahun 2022.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button