Berita UtamaDunia

Peniaga Palestin tutup kedai tanda protes kes bunuh di Nablus

Tentera Israel sengaja tembak kereta dinaiki 3 aktivis Palestin

TEBING BARAT, 8 Rejab 1443H, Khamis – Rakyat Palestin menutup kedai dan operasi perniagaan mereka pada Rabu, sebagai protes terhadap insiden pembunuhan tiga aktivis Palestin oleh tentera pengganas Israel di Nablus.

Dalam kejadian pada Selasa, askar Israel sengaja melepaskan tembakan ke arah kereta rakyat Palestin di kawasan kejiranan Nablus sehingga membunuh tiga penumpangnya – insiden yang disifatkan sebagai pembunuhan di luar undang-undang.

Mangsa dikenali sebagai Ashraf Mubaslat, Adham Mabrouka dan Mohammad Dakhil.

Rakaman pembunuhan itu menunjukkan sebuah kereta yang penuh dengan lubang peluru, tatkala beberapa tentera berdiri di sebelah kenderaan berkenaan.

Tentera Israel kemudian meninggalkan kawasan kejadian selepas serangan dilakukan.

Pembunuhan itu mencetuskan kecaman meluas di wilayah yang diduduki dan di diaspora.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Jihad Islam dan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin turut mengutuk serangan kejam berkenaan.

Memetik laporan agensi berita Palestin, serangan umum dilihat di bandar-bandar utama Tebing Barat termasuk Nablus, Ramallah, Jenin dan Tulkarm.

Ia susulan gesaan untuk berdemonstrasi menentang tentera Israel di seluruh Tebing Barat. – Agensi

Pautan terdahulu:

https://ismaweb.net/2022/02/09/tentera-israel-tembak-mati-3-pejuang-

Kabinet Palestin kutuk insiden bunuh 3 rakyatnya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button