Berita Utama

Bersatu nafi dua menteri kembali kepada UMNO

Perang psikologi biasa berlaku terutama ketika menjelang PRN

BANGI, 8 Rejab 1443H, Khamis – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan kononnya dua menteri daripada parti itu akan kembali kepada UMNO dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan khabar angin itu sebagai ‘psywar’ atau perang psikologi sesetengah pihak.

Katanya, perang psikologi itu biasa berlaku dalam politik tanah air terutama ketika menjelang PRN.

Justeru, beliau meminta supaya orang ramai tidak mempercayai khabar angin berkenaan kecuali perkara itu diumumkan sendiri individu terbabit.

“Senang sahaja kalau khabar angin tak usah percaya. Kalau surat layang lagi jangan percaya.

“(Tetapi) kalau diumumkan oleh orang yang betul-betul nak keluar, percayalah,” katanya.

Hamzah menjelaskan, perang psikologi yang dibuat oleh ahli-ahli politik adalah untuk kepentingan mereka yang berjuang demi parti.

“Perang psikologi orang dalam politik ini adalah untuk kepentingan mereka yang berjuang untuk parti mereka. Itu biasa berlaku.

“Kenapa nak berlaku bila nak ada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Hanya untuk memaklumkan kepada rakyat Johor jangan percaya Bersatu. Pemimpin dia pun nak balik UMNO. Itulah cara perang psikologi orang,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa dua menteri dari Bersatu mahu menyertai semula UMNO.

Dua individu berkenaan melibatkan seorang menteri ‘senior’ yang memegang jawatan kanan dalam Bersatu, manakala seorang lagi pemimpin yang agak muda pula hanya memegang jawatan biasa tetapi berstatus menteri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button