Dunia

Masjid di Jerman sasaran vandalisme

Tuntut pihak berkuasa ambil tindakan lindung tempat ibadat

COLOGNE, 8 Rejab 1443H, Khamis – Sebuah masjid di Jerman berdepan serangan vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng pintu masjid dengan grafiti perkauman, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Turkish-Islamic Union for Religious Affairs (DITIB) berkata, masjid di Dortmund itu telah dirosakkan pada Rabu apabila penyerang tidak dikenali melukis simbol swastika pada salah satu pintunya.

Katanya, serangan sama turut berlaku ke atas masjid-masjid di Dortmund bulan lalu, dan semakin meningkat baru-baru ini.

“Kami menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan melindungi tempat ibadat kami.

“Kami akan meneruskan perjuangan menentang perkauman di Dortmund bersama semua institusi demokrasi. 

“Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk memastikan Dortmund kekal sebagai bandar toleransi,” katanya.

Susulan insiden itu, pihak polis yang memeriksa keadaan masjid bertindak menutup simbol swastika berkenaan dengan cat semburan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button