Pendapat

Jadikan iktibar dalam mengangkat pemimpin korup

Cukup-cukuplah mengangkat pemimpin yang terpalit dengan kes mahkamah

SELURUH barisan kepimpinan parti yang korup tidak akan melangkah jauh dengan wujudnya agenda peribadi masing-masing. Ikrar kesetiaan kepada rakyat semasa menerima jawatan perlu diangkat bersungguh-sungguh.

Kerjaya politik bukan untuk direbut oleh sewenang-wenang individu. Pengundi yang cerdik mempunyai kriteria tersendiri terhadap calon sebelum membuang undi.

Oleh itu, sudah tiba masanya kita mengangkat kredibiliti dan integriti berbanding populariti parti semata-mata. Jawatan ini besar tanggungjawabnya.

Bukan sekadar soal makan dan minum rakyat, malah soal pembangunan negara demi kemakmuran generasi masa hadapan juga terletak pada pemimpin tersebut.

Cukup-cukuplah kita mengangkat pemimpin yang terpalit dengan kes mahkamah. Kita bukannya ketandusan pemimpin yang berwibawa.

Mereka hanya perlukan peluang untuk diberi kepercayaan oleh rakyat. Kredibiliti dan integiriti ialah pilihan utama GTA berbanding populariti yang tidak sihat dan tidak langsung menguntungkan negara.

Azliza Rajiain
Ketua Pemudi GTA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button