Berita UtamaDunia

Mahkamah India larang pelajar berhijab hingga keputusan lengkap keluar

Arah sekolah, kolej di Karnataka dibuka semula selepas 3 hari tutup

KARACHI, 9 Rejab 1443H, JumaatMahkamah Karnataka di selatan India tidak membenarkan pemakaian tudung atau sebarang pakaian bersimbol keagamaan di institusi pendidikan sehingga keputusan lengkap terhadap petisyen ke atas larangan pemakaian hijab bagi pelajar muslim dikeluarkan.

Mahkamah sedang mempertimbangkan petisyen difailkan beberapa pelajar yang mencabar larangan pemakaian tudung dilaksanakan di beberapa sekolah di negeri itu, minggu lalu.

“Kami akan meluluskan, tetapi sehingga masalah ini diselesaikan pelajar tidak dibenarkan memakai hijab,” kata Hakim Ritu Raj Awasthi.

Mahkamah turut mengarahkan semua sekolah dan kolej di negeri itu dibuka semula selepas Ketua Menteri Karnataka menutup selama tiga hari berikutan ketegangan yang tercetus apabila gadis Islam datang ke kelas memakai hijab.

Isu ini menjadi hangat selepas sekolah dikendalikan kerajaan di daerah Udupi melarang pelajar berhijab dalam kalangan gadis muslim masuk ke kelas, sekali gus mencetuskan bantahan di luar pagar sekolah.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelajar Islam dan menganggap hak beragama mereka dirampas di negara yang majoriti penduduknya beragama Hindu.

Isnin lalu, ratusan pelajar dan ibu bapa mengadakan protes jalanan membantah larangan berkenaan.

Bantahan sama turut berlaku di beberapa negeri lain di New Delhi, Hydrabad dan Kolkata bagi menyatakan bantahan terhadap larangan pemakaian hijab.– Agensi

Pautan terdahulu:

Pelajar India protes bantah larangan berhijab

Pelajar India protes bantah larangan berhijab

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button