Berita Utama

PRN Johor: PN tanding hampir semua kerusi

PAS sudah kenal pasti kerusi bakal ditandingi

KOTA BHARU, 9 Rejab 1443H, Jumaat – Perikatan Nasional (PN) bakal bertanding pada hampir kesemua kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bilangan kerusi kali ini lebih besar yang mana hampir semua 56 daripadanya akan ditandingi PN membabitkan tiga parti iaitu PAS, Bersatu dan GERAKAN.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS belum memuktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi memandangkan masih banyak masa untuk memutuskannya sebelum tamat tarikh penamaan calon.

“PAS sudah mengenal pasti kerusi bakal ditandingi atas tiket PN dan perundingan memuktamadkannya akan dilaksanakan Jawatankuasa Induk PRN Johor.

“Dulu PAS bertanding banyak kerusi kerana bertanding sendirian, tetapi kali ini kita akan berunding dengan parti komponen PN secara bersama,” katanya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim memaklumkan, persiapan jentera pilihan raya juga sudah dilakukan.

“Jentera sudah mula buat persiapan dan saya difahamkan, esok (hari ini) jentera Pemuda PN akan mula dilancarkan bersama Wanita atau Srikandi dan Muslimat kedua-dua parti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button