Berita Utama

SOP PRN Johor diumum sebelum penamaan calon: SPR

Pengumuman dibuat selepas dapat kelulusan KKM, MKN

JOHOR BAHRU, 9 Rejab 1443H, Jumaat – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Komunikasi Korporat SPR Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata SPR akan mengumumkan SOP berkenaan melalui kenyataan media selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu berhubung SOP PRN Johor selepas Taklimat SPR Bersama Petugas Media Sempena PRN Johor di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata taklimat bersama petugas media itu dilakukan bagi memastikan kelancaran sepanjang membuat liputan PRN Johor.

“Kita berkongsi dengan media apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang membuat liputan, bagaimanapun SOP belum lagi dikeluarkan…jadi kita masih menunggu,” katanya.

SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya pula pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button