Berita UtamaDunia

Hamas kecam tentera Israel bunuh jurukamera Al Jazeera

Zionis halang ambulans dekati sekolah selepas dibom

GAZA, 3 Jamadilakhir 1445H, Sabtu – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam pembunuhan jurukamera Al Jazeera oleh tentera Israel di selatan Semenanjung Gaza.

Samer Abu Daqqa tidak mendapat keselamatan atau rawatan perubatan selepas cedera dalam serangan keji rejim Israel di Sekolah Farhana di Khan Younis.

Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaannya sebelum ambulans dibenarkan di kawasan itu.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, Israel enggan membenarkan ambulans mendekati sekolah tersebut walaupun terdapat orang yang cedera di dalamnya, termasuk Samer yang dibiarkan cedera selama kira-kira lima jam sehingga meninggal dunia.

“Dalam jenayah perang yang mengerikan, rejim penjajah Zionis telah membunuh jurugambar Al Jazeera, Samer Abu Daqqa, setelah dia dibiarkan cedera di Sekolah Farhana di mana musuh sedang menutup serangan dan pengeboman terhadap mereka yang kehilangan tempat tinggal di situ.

“Dia menjadi saksi atas kekejaman musuh yang zalim.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga As-Syahid Abu Daqqa, kaum keluarganya, Al Jazeera, dan keluarga wartawan tersebut di Gaza,” katanya.

Dalam pada itu, Hamas mendesak Israel serta sekutunya memikul tanggungjawab berhubung jenayah perang mereka ke atas Gaza.

“Kami menyeru agar entiti Zionis dan neo-Nazinya bertanggungjawab atas jenayah mereka yang ngeri dalam perang ini terhadap rakyat Palestin.

“Semua harus dilindungi secara undang-undang, terutamanya wartawan, pasukan perubatan, dan kemanusiaan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button