Berita Utama

30 ahli UMNO cawangan Mersing umum keluar parti

Hilang kepercayaan terhadap UMNO selain kemelut dalaman berlarutan

MERSING, 10 Rejab 1443H, Sabtu – Kira-kira 30 ahli UMNO dari dua buah cawangan di daerah ini mengisytiharkan keluar parti serta-merta dan membuat keputusan untuk berhijrah menyertai Bersatu, berkuat kuasa hari ini.

Perhijrahan berkenaan dilakukan atas dasar hilang kepercayaan terhadap UMNO selain kemelut dalaman yang berlarutan.

Kesemua mereka yang rata-ratanya dalam kalangan golongan muda masing-masing terdiri daripada 15 ahli dari Kampung Baru Air Tawar dan 15 ahli Kampung Triang.

Borang keahlian menyertai Bersatu diserahkan kepada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun yang juga Ketua Srikandi Bersatu pada Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera di Kampung Air Tawar, Endau.

Sementara itu, bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Triang berkata, keputusan tersebut dibuat selepas hilang kepercayaan selain melihat tiada masa depan berikutan kemelut politik UMNO yang berterusan.

“Dengan isu semasa yang berlaku dalam UMNO mereka yang keluar parti ini jadi tidak minat dengan parti itu lagi.

“Selain itu, kita dapati bekas wakil rakyat Endau di sini meskipun beliau melompat parti sebelum ini dan kini bersama Bersatu telah melakukan kerja terbaik membantu rakyat di sini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button