Berita Utama

Penempatan 14,000 guru ‘one-off’ atasi isu graduan ISMP

iGuru sambut baik usaha KPM isi kekurangan guru di sekolah

BANGI, 15 Syaaban 1443H, Jumaat – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan hampir 14,000 guru menerusi pengambilan secara one-off.

Sambil merakamkan ucapan tahniah dan rasa syukur, Presidennya, Ustaz Azizee Mohd Hasan berkata, usaha itu membuka peluang dan menempatkan guru secara one-off adalah satu kejayaan KPM terutama bagi mengatasi isu graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) universiti awam serta mengisi kekurangan guru di sekolah.

“Semoga pendidikan negara semakin baik. Pihak iGuru telah bersuara agar pengambilan guru one-off dari guru yang berkualiti iaitu mereka memiliki ikhtisas pendidikan dan memenuhi keperluan opsyen serta minat menjadi pendidik.

“Tahniah KPM dan YBMK Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menjelaskan, langkah itu dilaksanakan kementerian berkenaan bagi mengatasi masalah kekurangan guru.

Katanya, kira-kira lebih 4,000 guru lagi sedang dalam proses untuk ditempatkan, berdasarkan 18,702 jumlah guru yang diperuntukkan bagi pengambilan tersebut.

“Dengan pengambilan baharu (one-off) ini, kami akan beri keutamaan pergerakan kepada guru-guru yang telah lama (untuk dipindahkan) sebelum kami bawa masuk guru-guru baharu di kawasan yang mana permohonan untuk pertukaran itu tinggi,” katanya.

Pautan terdahulu;

Hampir 14,000 guru one-off telah ditempatkan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button