Berita UtamaDunia

Lebih 10,000 bantah peraturan vaksin di Australia

3 ditahan kerana melanggar peraturan dan merempuh sekatan

CANBERRA, 10 Rejab 1443H, Sabtu – Lebih 10,000 penunjuk perasaan berarak memenuhi kawasan bangunan Parlimen sebagai sebahagian ‘Konvoi ke Canberra’ bagi membantah syarat yang mewajibkan semua individu perlu mengambil vaksin COVID-19.

Perarakan itu merupakan demonstrasi terbaharu dalam rangkaian tunjuk perasaan terhadap sekatan COVID-19 di seluruh dunia.

Terdahulu, penunjuk perasaan dilaporkan memenuhi jalanan di sekitar bandar tersebut, sebelum berarak secara beramai-ramai di luar Parlimen.

Sebahagian penunjuk perasaan berjalan sambil mengibarkan bendera merah Australia dikaitkan dengan `warganegara yang berdaulat’ yang percaya undang-undang negara tidak terpakai kepada golongan berkenaan.

Terdapat juga membawa sepanduk lain yang tertulis `Perjuangkan Hak dan Kebebasan Anda’ dan `Bebaskan Australia’.

Sementara itu, Perdana Menteri, Scott Morrison meminta, penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan secara aman namun menegaskan keperluan vaksinasi tidak boleh dielakkan.

“Australia adalah negara bebas dan mereka mempunyai hak untuk membantah tapi saya meminta mereka berbuat demikian secara aman,” katanya.

Manakala jurucakap polis memaklumkan, semua penunjuk perasaan berarak secara aman namun tiga orang ditahan termasuk seorang lelaki yang memandu trak merempuh sekatan jalan raya dan dua lagi kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.

Tunjuk perasaan tercetus selepas keputusan Kabinet mensyaratkan penduduk Australia perlu mendapatkan suntikan dos penggalak untuk mendapat status vaksinasi lengkap COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button