Berita UtamaDunia

Rejim pengganas Israel tahan lebih 500 rakyat Palestin pada Januari

Sasar pelajar universiti Palestin atas aktiviti kolej mereka

TEL AVIV, 10 Rejab 1443H, Sabtu – Tentera rejim pengganas Israel menangkap 502 rakyat Palestin pada Januari, kata pertubuhan hak asasi manusia semalam.

Dalam satu kenyataan bersama, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, Kelab Tahanan Palestin, Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Addameer, dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh melaporkan bahawa tahanan termasuk 54 kanak-kanak, yang mana salah seorang daripadanya di bawah 12 tahun, dan selebihnya enam wanita pada bulan itu.

“Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel telah mencecah kira-kira 4,500 menjelang akhir Januari, termasuk 34 wanita, 180 bawah umur, dan kira-kira 500 di bawah tahanan pentadbiran,” kata kenyataan itu, merujuk kepada dasar Israel menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa pihak berkuasa pendudukan terus ‘menyasarkan pelajar universiti Palestin atas aktiviti kolej mereka.’

Kenyataan pertubuhan itu dibuat sehari selepas tentera Israel menangkap seorang pemuda Palestin bernama, Tamer Shawamra, selepas menyerbu rumahnya di Ramallah. 

Bagaimanapun, tentera Israel tidak mempunyai sebarang komen segera mengenai perkara itu.

Kumpulan hak asasi manusia juga menyatakan bahawa virus COVID-19 turut menular di semua penjara Israel, terutamanya Penjara Ofer, di mana jumlah jangkitan telah melebihi 500 kes. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button