Berita UtamaIstimewa

UMNO parti padat dengan pemimpin bermasalah

Tidak ikhlas bela rakyat, punyai agenda peribadi

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 10 Rejab 1443H, Sabtu – UMNO bukanlah sebuah parti politik yang boleh membela nasib agama, bangsa dan negara.

Malah, slogan demi agama, bangsa dan negara tidak lebih hanya ramuan tambahan kepada sikap tamakkan kuasa serta agenda sempit parti itu.

Presiden BERJASA, Ustaz Haji Zamani Ibrahim mendakwa, parti itu sebenarnya ‘padat’ dengan pemimpin bermasalah integriti yang perlu ditolak rakyat.

“Oleh kerana itu, agenda kepentingan parti dan agenda peribadi telah lama berakar umbi.

“Berdasarkan kepada sanjungan akar umbi yang tidak kisah kepada kluster mahkamah, saya yakin pemimpin kluster mahkamah akan dijulang dan dibersihkan oleh ahli disemua peringkat,” dakwanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa, kluster mahkamah di dalam UMNO bercita-cita untuk kembali berkuasa.

Mengulas lanjut, Ustaz Zamani mendakwa, parti yang ditubuhkan untuk mencapai kemerdekaan itu kini tidak lagi ikhlas dalam membela rakyat, sebaliknya mempunyai agenda kepentingan diri.

“BERJASA melihat dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hinggalah ke PRN Johor bahawa berlakunya PRN kedua-dua negeri tersebut adalah atas percaturan pimpinan UMNO yang membawa agenda kepentingan parti dengan tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

“Terbaharu kita melihat UMNO sudah mula rasa mampu meluahkan ketamakan kuasanya apabila menang PRN Melaka baru-baru ini, sedangkan parti tersebut sudah tidak ada agenda besar,” dakwanya.

Dalam masa sama, beliau berpandangan, Malaysia kini masih ketinggalan dalam meneraju agenda bangsa Melayu khususnya di rantau Asia berbanding negara jiran, Indonesia.

“Kita melihat Indonesia telah mula bercakap agenda Nusantara, namun Malaysia masih berkisar isu kepincangan sistem politik negara yang tiada kesudahan.

“Justeru, beliau menyeru rakyat Johor untuk menolak UMNO, ini kerana rakyat mesti pandai menilai pemimpin yang mampu memimpin dan beragenda besar dengan pemimpin parti yang terlibat dengan kluster mahkamah,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, sekiranya UMNO ingin melihatkan parti itu sihat dan bermaruah, semua ahli UMNO mesti tunjukkan bahawa mereka tidak perlukan pemimpin daripada kluster mahkamah.

Pautan terdahulu:
https://ismaweb.net/2022/02/11/kluster-mahkamah-makin-berkuasa-jika-umno-menang-prn-johor/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button