Artikel KhasBerita Utama

Projek 50 tahun Zionis

Bukan saja tubuh negara haram, tapi kuasai dunia melalui proksi

1- PALESTIN sebelum ini adalah sebuah negara yang berdaulat dan merupakan tanah wakaf milik umat sejagat. Di Palestin letaknya jantung hati umat Islam iaitu Masjid al Aqsa, yang merupakan kiblat pertama umat dan masjid yang ke-3 suci di sisi Allah.

2- Benjamin Be’ev Theodor Herzl merupakan seorang wartawan dan aktivis politik berbangsa Yahudi kelahiran Austria-Hungary (1860). Beliau merupakan pimpinan zionis antarabangsa yang dianggap sebagai ‘the father of the state of Israel’.

3-Theodore Hertz berjaya mengumpulkan seramai 266 orang pimpinan zionis antarabangsa (termasuk 10 orang beragama kristian) ke kongres organisasi zionis sedunia di Basel Switzerland pada 29-30 Jun 1897.

4- Majoriti adalah daripada Eropah Timur, seperempat daripada Russia dan bakinya daripada negara-negara yang lain termasuk Jerusalem. 17 orang dari kalangan mereka adalah wanita.

5- Di antara resolusi utama kongres ulung WZO ini adalah untuk mendirikan negara untuk orang-orang Yahudi di Palestin dalam tempoh 50 tahun (target 1947).

6- Theodor Herzl bertemu Sultan Abdul Hamid, Daulah Uthmaniyah Turki untuk mendapatkan keizinan agar Yahudi dibenarkan berhijrah ke Palestin dengan pelbagai tawaran seperti membayar hutang kerajaan, tawaran duit yang sangat banyak dan mendirikan universiti untuk kerajaan Uthmaniyah. Namun tawaran ini ditolak oleh Sultan Abdul Hamid.

7- Theodor Herzl mencuba pelbagai cara untuk orang Yahudi ke Palestin tetapi usahanya gagal. Beliau meninggal dunia pada 3 Julai 1904 di Austria.

8- Seorang anak muda Yahudi di Poland, David Ben Gurion yang baru berusia 17 tahun pada 1904, menyahut perjuangan Herzl ini dengan kata-kata, ‘Matahari telah pun terbenam tetapi cahayanya akan kembali menyinar. Benih kebangkitan yang disemai Herzl pasti tidak akan padam’.

9- Ben Gurion gigih bekerja mendoktrinkan semangat zionisme dan projek pembinaan negara Israel di kalangan anak-anak muda dan masyarakat Yahudi di seluruh dunia. Beliau sendiri berhijrah ke Palestin dan bekerja di ladang di samping menubuhkan beberapa kesatuan Yahudi di Palestin seperti persatuan buruh, persatuan peladang, menubuh kumpulan gangster, jaringan politik antarabangsa (UN), merasuah pemimpin Arab dan Palestin, membeli dan merampas tanah-tanah rakyat Palestin dan pelbagai cara lain dengan tujuan untuk menguasai Palestin.

10- Pada 27 November 1947 (50 tahun sejak Basel Switzerland), UN mengisytiharkan “Partition Plan’ yang membahagikan negara Palestin kepada rakyat Palestin dan satu bahagian yang lain kepada pendatang Yahudi. 33 negara bersetuju, 13 membantah, manakala 10 yang lain berkecuali.

11- Dengan pelbagai muslihat politik dan ketenteraan penjajah Zionis dengan pemimpin Arab, mereka akhirnya berjaya menubuhkan negara (haram) Israel.

Tepat pada 14 Mei 1948, David Ben Gurion mengumumkan penubuhan negara Israel dan terus mendapat pengiktirafan daripada Presiden AS, President Harry S. Truman pada hari yang sama.

Bermula dari tarikh 15 Mei 1948, peta Palestin mula hilang daripada peta dunia sehingga ke hari ini.

Ingat!

Projek Zionis antarabangsa tidak berakhir dengan penubuhan negara (haram) Israel sahaja tetapi juga untuk menguasai dunia antarabangsa melalui agen-agen dan proksi mereka yang berada di mana-mana.

Apakah yang boleh anda pelajari daripada sejarah ini?

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button