Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

4 maut, 22 cedera nahas bas di Bolivia

Kejadian berlaku ketika bas melalui selekoh

LA PAZ, 12 Rejab 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 22 cedera selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung dalam nahas jalan raya di Chuquisaca, selatan Bolivia, pada Ahad lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

Pendakwa Raya Chuquisaca Mauricio Nava berkata kepada media tempatan, nahas berlaku akibat bas berkenaan dipandu laju.

Menurut laporan awal, kejadian berlaku ketika bas itu melalui selekoh di laluan Sucre-Monteagudo.

Nava berkata, polis dan anggota perkhidmatan awam telah dihantar ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang cedera. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button