Berita Utama

Rakyat Malaysia di Ukraine digesa hubungi kedutaan

Wisma Putra pantau perkembangan semasa konflik Ukraine-Russia

PUTRAJAYA, 12 Rejab 1443H, Isnin – Kementerian Luar Negeri menggesa rakyat Malaysia yang kini berada di Ukraine untuk segera menghubungi dan berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kyiv, susulan konflik antara Ukraine dan Russia ketika ini.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, pendaftaran itu adalah bagi memudahkan pihak kedutaan untuk menghulurkan bantuan konsular sebaik sahaja mereka memerlukan bantuan berkenaan.

“Semua rakyat Malaysia di Ukraine dinasihatkan untuk memberi yang terbaik perhatian terhadap keselamatan dan kesejahteraan mereka serta mematuhi arahan dikeluarkan oleh tempatan pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, kementerian sentiasa memantau dengan teliti perkembangan di dalam dan sekitar Ukraine terutamanya terhadap situasi 20 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan itu di Kyiv.

Ini termasuk dua pelajar, sembilan kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Ukraine digesa menghubungi Kedutaan Malaysia di Kyiv, Ukraine di talian +380 442 855 271 atau +380 988 387 885 juga menerusi e-mail [email protected] atau [email protected]

Terdahulu, Russia dan Ukraine dilaporkan gagal mencapai sebarang kejayaan dalam rundingan sehari dengan pegawai Perancis dan Jerman, berhubung konflik pemisah selama lapan tahun di timur Ukraine.

Kurangnya kemajuan dalam meredakan krisis Ukraine yang semakin memuncak antara lain disebabkan tindakan Russia menempatkan lebih 100,000 askar berdekatan negara itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan tercetusnya perang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button