Berita Utama

Zahid nafi letak jawatan

Surat tular palsu, rekaan pihak tidak bertanggungjawab

BANGI, 28 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau meminta mana-mana pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya yang memuat satu surat yang tular hari ini.

Isi kandungan surat itu tertera satu mesyuarat tergempar telah diadakan malam tadi dengan dihadiri pemimpin utama setiap parti gabungan BN dan juga pemimpin tertinggi BN.

“Beberapa keputusan juga telah dicapai untuk menentukan gabungan mana yang akan disokongan BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada esok (hari ini).

“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Oleh demikian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO sehingga pemilihan UMNO yang akan diadakan pada Januari 2023,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button