Berita Utama

SPR disaran sediakan bas untuk pengundi luar

Lebih 60,000 pengundi Terengganu kini merantau

BANGI, 15 Muharam 1445H, Rabu – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran mencari alternatif lain dengan menyediakan perkhidmatan bas bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata, tindakan itu perlu memandangkan jumlah bas ekspres yang ada di Terengganu tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengundi luar balik mengundi secara serentak.

“Kita ada cadangan seperti di Kelantan nak sediakan bas untuk mereka yang tiada pengangkutan.

“Bayangkanlah pada hari itu semua orang nak balik tapi bas ekspres yang ada pun tak cukup. Kalau tak ada bas tambahan mereka nak naik apa?

“Takkan dari Kuala Lumpur nak jalan kaki, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pun tak siap lagi. Jadi kalau tak ada bantuan mereka yang tiada kenderaan nak balik macam mana? Jadi SPR kena fikir benda-benda macam ini dan sepatutnya SPR sediakan (bas),” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat lebih 60,000 pengundi Terengganu yang merantau atau berada di luar negeri ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button