Berita Utama

Ismail Sabri menghadap Sultan Brunei

Lawatan pertama selepas dilantik sebagai PM

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Rejab 1443H, Rabu – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini.

Ismail Sabri yang ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di Istana Nurul Iman di sini pada jam 10.45 pagi.

Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Pada sesi menghadap itu, Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zain Shah.

Ismail Sabri kemudian mengadakan pertemuan empat mata kira-kira setengah jam bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

Selesai pertemuan itu, Perdana Menteri dan delegasi diraikan pada Majlis Persantapan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Ismail Sabri tiba di Brunei semalam, lawatan pertama beliau ke negara ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button