Berita UtamaDunia

COVID-19: Kuwait tarik balik sekatan, benarkan perjalanan ke luar negara

Golongan tak divaksin perlu jalani kuarantin 7 hari selepas ketibaan

KUWAIT, 13 Rejab 1443H, Rabu – Kabinet Kuwait menarik balik beberapa sekatan COVID-19 termasuk larangan perjalanan asing, satu langkah yang juga akan dikenakan kepada individu tidak divaksin, kata Perdana Menteri, Sheikh Sabah al-Khalid al-Sabah pada Isnin.

Bagaimanapun, mereka yang tidak divaksin masih perlu mendapatkan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) 72 jam sebelum menaiki penerbangan ke negara Teluk Arab.

Mereka juga perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari selepas ketibaan, sementara golongan yang divaksin tidak perlu berbuat demikian.

Beberapa sekatan yang ditarik balik mulai minggu depan termasuk membenarkan mereka yang tidak divaksin memasuki pusat beli-belah, pawagam, teater dan dewan bankuet sekiranya menunjukkan ujian PCR negatif. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button