Dunia

EU tuntut Israel bayar pampasan roboh sekolah di Tebing Barat

Negara haram perlu hormat hak pendidikan kanak-kanak Palestin

LONDON, 2 Safar 1445H, Sabtu – Kesatuan Eropah (EU) menggesa negara haram Israel  menghormati hak kanak-kanak Palestin dalam mendapatkan akses pendidikan.

Delegasi EU ke Palestin dalam hantaran di X – yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter – turut menuntut Israel membayar pampasan kerana merobohkan sebuah sekolah di Tebing Barat yang diduduki.

“Terkejut dengan perobohan sekolah yang dibiayai EU di Ein Samiya di Tebing Barat yang diduduki,” katanya.

EU menggesa Tel Aviv untuk menghormati hak pendidikan untuk kanak-kanak Palestin, sekali gus membayar semula pampasan kepada EU susulan memusnahkan pembiayaan itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan Palestin memaklumkan pihak berkuasa Israel merobohkan Sekolah Ein Samia, yang terletak di timur Ramallah.

Tindakan itu dilakukan kononnya atas alasan premis berkenaan tidak mempunyai lesen, kata kementerian.

UNESCO Palestin berkata, sekolah terbabit sengaja dirobohkan menjelang beberapa hari sebelum permulaan sesi persekolahan baharu.

“Dalam tempoh 12 bulan lalu, tiga sekolah telah dirobohkan sehingga menjejaskan 78 pelajar, manakala 58 sekolah kekal di bawah ancaman dirobohkan,” katanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button