
BRASILIA, 15 Rejab 1443H, Khamis – Sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh dalam banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda bandar Petropolis, Brazil.
Hujan lebat itu telah menyebabkan jalan raya menjadi sungai deras bahkan sehingga menghanyutkan rumah, kata pegawai hari ini.
Terdapat kebimbangan jumlah kematian meningkat secara berterusan sepanjang hari.
Ini selepas anggota bomba dan sukarelawan menggali sisa-sisa rumah yang dihanyutkan dalam limpahan lumpur, kebanyakannya di kawasan setinggan yang terletak di lereng bukit.
Pakar berkata, bencana ini adalah terbaharu dalam siri ribut maut yang melanda Brazil sepanjang tempoh tiga bulan lalu, yang menurutnya semakin teruk akibat perubahan iklim.
Kerajaan negeri berkata sekurang-kurangnya 21 orang telah diselamatkan.
Manakala, kira-kira 300 orang ditempatkan di kawasan perlindungan, kebanyakannya di sekolah, kata pegawai.
Sementara badan amal pula meminta sumbangan tilam, makanan, air, pakaian dan pelitup muka untuk mangsa terjejas.
Dewan bandar raya pula mengisytiharkan ‘keadaan bencana’ di bandar mempunyai 300,000 orang penduduk itu, yang terletak 68 kilometer (42 batu) di utara Rio.
Majlis bandar raya mengisytiharkan tiga hari berkabung untuk mangsa. – Agensi