Berita Utama

Lebih 300,000 warga emas dijangkiti COVID-19: KP Kesihatan

19,646 kes melibatkan kumpulan itu dilaporkan meninggal dunia

KUALA LUMPUR,15 Rejab 1443H, Khamis –  Sebanyak 336,848 warga emas atau 11.5 peratus daripada golongan itu di negara ini telah dijangkiti COVID-19 sehingga 7 Februari lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, jumlah kematian melibatkan kumpulan itu pula adalah sebanyak 61.3 peratus atau 19,646 kes daripada keseluruhan 32,034 kes direkodkan bagi tempoh yang sama.

“Bagi suntikan vaksinasi pula, seramai 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas telah menerima dos penggalak dan 3,335,309 atau 96 peratus daripada populasi tersebut telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.

“Lindungi warga emas daripada jangkitan COVID-19, lengkapkan vaksinasi dan dos penggalak,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button