Berita UtamaDunia

Mahkamah Perlembagaan Kuwait batal jenayahkan pertukaran jantina

Amnesty anggap ia ‘kejayaan besar’ untuk hak transgender

KUWAIT CITY, 15 Rejab 1443H, Khamis – Mahkamah Perlembagaan Kuwait, semalam, membatalkan artikel kanun keseksaan yang menjenayahkan pertukaran jantina di negara itu.

Mahkamah dalam satu kenyataan di laman webnya menyatakan bahawa Artikel 198 adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia tidak menyediakan ‘standard objektif’ untuk mengenal pasti kesalahan itu, dan ungkapan am berisiko melanggar hak kebebasan peribadi.

Badan hak asasi manusia, Amnesty International (Amnesty) pula mengalu-alukan langkah itu dan menyifatkan ia sebagai ‘kejayaan besar’ untuk hak transgender di rantau Arab Teluk, lapor Reuters.

Kuwait pada 2007 meminda Artikel 198 kanun keseksaan, yang menjenayahkan ‘peniruan jantina lain jenis dalam apa cara sekalipun’, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun dan/atau denda 1,000 dinar.

“Pihak berkuasa Kuwait kini mesti memastikan Artikel 198 dimansuhkan secara keseluruhannya,” kata Amnesty dalam satu kenyataan, menyifatkan ia sebagai sangat mendiskriminasi dan terlalu kabur.

Ia menggesa mereka membebaskan mereka yang dipenjarakan di bawah artikel itu. 

Untuk rekod, pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak. – Agensi,

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button