Berita Utama

Sekurang-kurangnya seorang maut akibat gempa di Guatemala

Gempa bumi dilapor berukuran 6.8 pada skala Richter

GUATEMALA, 15 Rejab 1443H, Khamis – Sekurang-kurangnya seorang maut dan seorang kanak-kanak cedera selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Guatemala dan mengakibatkan kerosakan di tujuh kawasan pada Rabu, lapor Xinhua.

Institut Kebangsaan bahagian Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi berkata, gempa pada 01:12 pagi waktu tempatan (0712 GMT), direkodkan di luar pantai barat Escuintla di Lautan Pasifik pada kedalaman 36 kilometer, menyebabkan beberapa gempa susulan di kawasan itu.

Menurut Jabatan Koordinasi Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana, seramai 24,790 orang terjejas, termasuk seorang maut di bandar Mixco dan seorang kanak-kanak patah tangan.

Sebanyak 12 jalan mengalami kerosakan, manakala bilangan bangunan dan kediaman musnah terus meningkat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button