Berita UtamaDunia

Ukraine, puak pemisah tuduh satu sama lain lakukan serangan mortar

AS dakwa Russia cari alasan untuk berperang

MOSCOW, 16 Rejab 1443H, Jumaat – Tentera Ukraine dan puak pemisah yang disokong Russia di timur negara itu menuduh satu sama lain susulan penggunaan bom mortar dan pelanggaran gencatan senjata, semalam.

Wakil Republik Rakyat Luhansk dalam satu kenyataan mendakwa tentera Ukraine menggunakan bom mortar, pelancar bom dan senjata automatik dalam empat insiden berasingan.

“Angkatan tentera Ukraine secara kasar melanggar gencatan senjata, menggunakan senjata berat. Ini bertentangan dengan Perjanjian Minsk,” menurut kenyataan itu.

Keadaan itu juga mencetuskan kebimbangan bahawa Russia – yang telah mengumpulkan lebih 100,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine – berkemungkinan terlibat dalam serangan tersebut.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, Russia sedang mencari alasan untuk berperang selepas tuntutannya supaya Ukraine menolak menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), tidak diendahkan.

Bagaimanapun, Moscow dilapor menafikan pihaknya merancang untuk menyerang dan menyifatkan amaran AS itu sebagai ‘histeria’, serta menyatakan ia mempunyai kebimbangan keselamatan sendiri berhubung tindakan sekutu Nato.

Kyiv dan puak pemisah pro-Russia telah berperang selama lapan tahun dan gencatan senjata antara kedua-dua pihak secara rutin dilanggar, bagaimanapun intensiti pertempuran semakin meningkat terutamanya minggu ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button