Berita Utama

3 lagi kluster pendidikan direkod di Sabah

1 di daerah Kota Belud dan 2 lagi di Ranau

KOTA KINABALU, 16 Rejab 1443H, Jumaat – Tiga lagi kluster baharu melibatkan institusi pendidikan direkodkan di Sabah semalam dengan satu di daerah Kota Belud dan dua di Ranau, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata Kluster Batu Enam di Kota Belud melibatkan pelajar asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2 berusia 15 tahun mula bergejala pada 9 Februari dan didapati positif keesokan harinya menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 19 setakat semalam.

“Sementara kluster di Ranau iaitu Kluster Jalan Sugut melibatkan seorang guru wanita di SMK Ulu Sugut berusia 39 tahun dikesan melalui saringan bergejala pada 7 Februari lepas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata saringan terhadap kontak rapat mendapati lebih ramai didapati positif dan jumlah keseluruhan yang terlibat ialah 49 kes.

Selain itu, Kluster Kemburongoh 2 Ranau pula melibatkan seorang pengawal keselamatan SMK Kemburongoh berusia 52 tahun dikesan positif melalui saringan bergejala pada 7 Februari dan hasil saringan terhadap kontak rapat mendapati jumlah kumulatif yang positif ialah 54 kes setakat ini.

Semua kluster berkenaan telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya sementara kontak rapat yang tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin, katanya.

Sementara itu, jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah semalam adalah 4,794 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 292,545 kes dengan 14 kes kematian dilaporkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button