Berita UtamaDunia

Mahmoud Abbas desak tindakan unilateral Israel ditamatkan

AS perlu tunaikan janji, hentikan tindakan Zionis ceroboh kediaman penduduk

RAMALLAH, 16 Rejab 1443H, Jumaat – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bertegas tidak akan sesekali bersetuju dengan tindakan unilateral dan provokasi negara haram Israel sebaliknya mendesak semua perkara berkenaan ditamatkan.

Bercakap di mesyuarat bersama Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), beliau mengulangi desakan supaya pendudukan Israel ditamatkan selaras dengan Resolusi Legitimasi Antarabangsa.

“Adalah perlu bagi pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk melaksanakan apa yang dijanjikan oleh Presiden Joe Biden dan Setiausaha AS, Blinken mengenai pembukaan semula pejabat konsulat AS di Baitulmaqdis,” katanya.

Mahmoud dalam masa sama menggesa pentadbiran AS mengaktifkan semula Kuartet Antrabangsa.

Selain menghidupkan pergerakan politik yang membawa kepada persidangan keamanan antarabangsa di Timur Tengah di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas dasar penyelesaian dua negara.

Sejak kebelakangan ini, tentera negara haram Israel terus menyasarkan wilayah Tebing Barat untuk memperluaskan penjajahan, yang membawa kepada ratusan penangkapan penduduk.

Mereka juga menjalankan serbuan ke atas rumah penduduk Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat, kononnya untuk mencari individu dikehendaki sehingga mencetuskan pertempuran.

Serbuan turut dilakukan di kawasan kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button