Berita Utama

PM seru ambil peluang inisiatif kerjaya anjuran KPT

Mampu bantu kurang kadar pengangguran ke paras bawah 4.2 peratus

BATU PAHAT, 16 Rejab 1443H, Jumaat – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru masyarakat mengambil peluang untuk memanfaatkan pelbagai inisiatif berkaitan peluang kerjaya yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau berkata melalui program seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan [email protected] serta MyFutureJobs akan membantu mengurangkan lagi kadar pengangguran di negara ini ke paras di bawah 4.2 peratus.

“Apa yang pasti, program-program ini adalah berbentuk titik sentuh dan bertujuan untuk menyantuni keperluan denyut nadi rakyat,” katanya semasa berucap pada Karnival KPT Keluarga Malaysia di Parit Sulong, dekat sini hari ini.

Memberi contoh, Ismail Sabri berkata seperti program MYFutureJobs, berdasarkan rekod yang ada sebanyak 63,990 jawatan kosong di Johor ditawarkan melalui portal program berkenaan.

“Untuk tempoh karnival ini sahaja, saya difahamkan lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan. Justeru, saya menyeru semua yang hadir, untuk mengambil peluang ini dan menguar-uarkan juga kepada saudara- mara di luar sana yang memerlukan pekerjaan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button