Berita Utama

7 kanak-kanak disah meninggal dunia kesan jangkitan COVID-19

Disaran segera dapatkan vaksin kanak-anak 5 hingga 11 tahun

BANGI, 17 Rejab 1443H, Sabtu – Kira-kira tujuh kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas disahkan mengalami keradangan pelbagai sistem (MIS-C) iaitu, satu daripada penyakit serius kesan daripada jangkitan COVID-19.

Perkara tersebut didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menjelaskan, tujuh kanak-kanak itu adalah daripada 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 57 peratus daripada keseluruhan kes adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

“MIS-C adalah salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak.

“Walaupun jarang berlaku, namun MIS-C boleh membahayakan dan boleh membawa maut.

“Sejumlah besar daripada kanak-kanak ini memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan tujuh kes telah disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar segera mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur lima hingga 11 tahun.

Tegas beliau, vaksin Comirnaty yang menggunakan formulasi selamat selain dos bersesuaian untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button