Berita Utama

KKMM terima banyak aduan berita palsu PRN Johor

Perkara itu akan dipantau dan masih terkawal

KLUANG, 17 Rejab 1443H, Sabtu – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerima banyak aduan berkaitan berita palsu melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan memantau perkara berkenaan namun buat masa ini keadaan masih terkawal.

“Kita kena sepanjang masa memantau keadaan itu (berita palsu) dan kita tahu, kita tidak boleh menghapuskan 100 peratus tetapi kita menggerakkan dan membangkitkan kesedaran kerana menyebarkan berita palsu bukan sahaja tidak baik malah tidak membawa untung kepada sesiapa,” katanya kepada Bernama selepas program Santai Anak Muda di Ngepot Kabin di sini.

Sementara itu, mengenai pengundi muda pada PRN Johor, Annuar berkata beliau yakin orang muda di negara ini mempunyai maklumat dan pengetahuan luas untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan menentukan kepimpinan negara.

Terdahulu, Annuar yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Johor bermula semalam menunaikan solat maghrib bersama penduduk di Kampung Melayu di sini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button