Berita Utama

Insiden kekecohan di HRPB: Polis tahan seorang lelaki

Enam lagi suspek diburu

IPOH, 18 Rejab 1443H, Ahad – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di tempat letak kereta di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini, pada jam 11.50 malam dan direman selama empat bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Polis masih mengesan enam lagi lelaki tempatan (suspek) yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, insiden kekecohan di hospital itu adalah rentetan pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong di sini.

Menurutnya, polis menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang saling berkaitan berlaku di HRPB dan Guntong.

Beberapa video yang tular dalam media sosial memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan HRPB. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button