Berita Utama

Mari turun bersolidariti sokong pertahan akidah anak Loh

Arus desakan agar anak-anak itu dimurtadkan semula semakin kuat

Insya-Allah, esok saya akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk Pendengaran Habeas Corpus bagi kes anak-anak Mualaf Perlis yang sedang menjadi perhatian nasional ketika ini.

Pihak ibu, melalui peguamnya telah memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes Loh akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Dengan ini, saya ingin mengajak orang ramai, untuk turun bersolidariti menunjukkan sokongan terhadap usaha jabatan agama Islam, agensi dan NGO-NGO dalam mempertahankan akidah anak-anak tersebut memandangkan terdapat pelbagai pihak dan ahli politik mempertikaikan keislaman anak-anak tersebut.

Malah, arus desakan agar anak-anak tersebut dimurtadkan semula semakin kuat walaupun mereka masuk Islam secara sukarela.

Tarikh: 21/2/2022 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
20 Februari 2022

Rujukan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/02/19/3-anak-loh-bertolak-ke-kl-esok/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button