Berita UtamaDunia

COVID-19: Kes terus meningkat di Australia menjelang pembukaan semula sempadan

15,000 kes baharu, 33 kematian direkodkan

CANBERRA, 18 Rejab 1443H, Ahad – Australia melaporkan lebih 15,000 kes baharu dan 33 kematian akibat COVID-19 pada Ahad, sehari sebelum sempadan negara dibuka kepada pelancong lengkap divaksin, lapor agensi berita Xinhua.

Australia akan melonggarkan sekatan di sempadan mulai Isnin (21 Februari), membolehkan pelancong antarabangsa memasuki negara itu buat pertama kali sejak Mac 2020.

Sebelum pandemik melanda, sektor pelancongan dengan 650,000 pekerja telah menyumbang kira-kira A$60 bilion Australia (AS$43 bilion) setahun kepada ekonomi negara.

Industri itu terjejas teruk akibat wabak, dan jumlah pengunjung antarabangsa menurun sebanyak 99 peratus.

Dalam pada itu, lebih 50 penerbangan antarabangsa dijangka mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam selepas sempadan dibuka.

Pelancong antarabangsa perlu membuktikan mereka telah lengkap vaksinasi COVID-19 atau mempunyai pengecualian perubatan yang sah.

Perdana Menteri, Scott Morrison pada Ahad berkata, jumlah ketibaan akan meningkat hasil daripada kempen pengiklanan Pelancongan Australia berjumlah A$40 juta AUD (AS$28.7 juta). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button