Berita Utama

‘Isu anak mualaf seperti curah minyak ke api’

BERJASA tak kompromi jika babit maslahat agama, negara

BANGI, 18 Rejab 1443H, Ahad – Sehingga kini tiada mana-mana pemimpin politik Melayu yang tampil bersuara dalam isu pengislaman tiga anak Loh Siew Hong, meskipun ia menjadi antara yang hangat dibahaskan banyak pihak ketika ini.

Sedangkan isu berkenaan membabitkan Islam, maka sebagai agama Persekutuan ia seharusnya mendapat perhatian serta respon daripada pemimpin masyarakat dan pihak berkuasa negara, kata Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan.

Beliau berkata, kebelakangan ini, pemimpin dan ahli politik DAP yang sebaliknya lebih lantang bersuara mewakili masyarakat Cina, India, Kristian dan Hindu dalam isu berkenaan.

“Mereka terlalu rakus dan rasis memperkudakan isu demi sokongan politik.

“Isu ini juga seolah-olah mencurah minyak ke dalam api, lihat sahaja pada ruangan komen dan perbahasan netizen yang semakin hari semakin panas dengan isu-isu perkauman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menyifatkan keadaan itu ibarat retak menanti belah, Ustaz Fahmi mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mengabaikan isu berkenaan yang mungkin mengakibatkan rakyat sendiri membuat keputusan.

“BERJASA memandang serius perkara ini, kerana ia berkaitan dengan maruah dan kedaulatan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam berperlembagaan.

“Walaupun isu ini berlaku ketika kempen PRN Johor sedang hangat, prinsip dan matlamat demi menjaga keharmonian negara perlu ditegakkan. Tiada kompromi dalam isu maslahat agama dan negara,” katanya.

Pautan terdahulu:

Ramasamy cenderung pertikai pengislaman anak Loh, bukan hak penjagaan

https://ismaweb.net/2022/02/19/ngo-islam-gesa-ramasamy-tak-masuk-campur-isu-anak-anak-mualaf-loh/

Isu anak mualaf: Tatkala DAP ‘riuh’, mana suara pemimpin seakidah?

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button