Berita UtamaDunia

Ratu Elizabeth II positif COVID-19

Alami simptom selesema biasa, terus terima rawatan

LONDON, 18 Rejab 1443H, Ahad – Ratu Elizabeth II disahkan positif COVID-19 dengan gejala ringan.

Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, Ratu Elizabeth yang berusia 95 tahun itu akan meneruskan tugas ringan di Istana Windsor.

“Istana Buckingham mengesahkan bahawa ratu hari ini positif COVID-19.

“Baginda sedang mengalami simptom seperti selesema biasa tetapi dijangka meneruskan tugas ringan di Istana Windsor pada minggu akan datang.

“Baginda akan terus menerima rawatan perubatan dan mengikut semua garis panduan yang sesuai,” katanya.

Terdahulu, menantu Ratu Elizabeth, Duchess of Cornwall disahkan positif COVID-19.

Camilla, 74, telah menerima vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak dan berkemungkinan mendapat jangkitan daripada suaminya, Putera Charles. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button