Berita Utama

1,180,744 individu lengkap dos kedua vaksin COVID-19

151,309 lagi individu terima suntikan vaksinasi setakat 8 Jun: JKJAV

BANGI, 28 Syawal 1442H, Rabu – Seramai 151,309 lagi individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Selasa, menjadikan keseluruhan pemberian adalah 3,790,121 dos setakat 8 Jun.

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 2,609,377 individu telah menerima dos pertama dan 1,180,744 orang lengkap mendapatkan dos kedua.

Menurut laporan harian yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 105,722 individu telah menerima dos pertama semalam.

Manakala, 45,587 individu selesai melengkapkan kedua-dua dos, di mana Selangor menjadi negeri tertinggi iaitu 152,215.

Laporan harian pendaftaran vaksin juga dilaporkan meningkat daripada 52.50 peratus pada 7 Jun kepada 52.70 peratus bagi tempoh semalam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button