Pendapat

Jadi seperti Bilal dan Abu Bakar

Kesucian Islam perlu dipelihara daripada tuduhan mengarut sebilangan parti politik

APAPUN perintah mahkamah, umat Islam wajib mempertahan keislaman tiga orang anak ini.

Dalam masa yang sama, kesucian Islam perlu dipelihara daripada tuduhan mengarut sebilangan parti politik. Mereka sengaja membuatkan Islam dipandang hina dengan fitnah culik anak dan paksa masuk Islam.

Isu yang asalnya boleh diselesai dengan baik, kini menjadi kebencian sesama masyarakat dek kenyataan politikus yang sengaja menyimbah minyak ke api. Politikus sebegini perlu diambil tindakan undang-undang.

Bagi pihak ISMA Bangi, saya mendoakan, moga adik bertiga tetap kuat dan sejahtera. Jadilah kuat seperti Bilal Bin Rabah yang tetap teguh atas Islam walau digugat segenap sudut.

Kepada seluruh umat Islam, ayuh kita jadi seperti Saidina Abu Bakar yang berusaha mempertahan akidah seorang hamba yang berada bawah jagaan tuannya. Moga Allah memberi kemuliaan As-Siddiq kepada kita.

YDP ISMA Bangi
Bilal Jailani

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button