Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Semak status sekatan sebelum ke luar negara: LHDN

Individu tidak jelas cukai boleh dikena sekatan perjalanan

PUTRAJAYA, 19 Rejab 1443H, Isnin – Pembayar cukai disarankan membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang ke luar negara bagi sebarang tujuan, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam kenyataan hari ini, LHDN berkata individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah dan Cukai Syarikat boleh dikenakan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Kenyataan itu menyebut pemakluman tindakan sekatan perjalanan akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemas kini oleh pembayar cukai kepada LHDN melalui data percukaian terkini yang direkodkan.

Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan melalui portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ atau boleh juga dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

“Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dilarang ke luar negara, mereka dinasihatkan menghubungi pejabat cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka bagi tindakan sewajarnya,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button