Dunia

Tiada penyelesaian sempurna terhadap perlindungan COVID-19

Keadaan memenatkan apabila perlu berdepan wabak setiap hari

SINGAPURA, 19 Rejab 1443H, Isnin – Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci berkata tiada penyelesaian sempurna untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19, memandangkan keadaan yang semakin memenatkan kerana perlu berdepan pandemik itu saban hari, lapor Xinhua.

Menurut laporan disiarkan akhbar berbahasa Cina Singapura Lianhe Zaobao baru-baru ini, Fauci berkata negeri-negeri AS berdepan pilihan sukar untuk mengimbangi keperluan melindungi rakyat dan kepenatan berdepan wabak yang telah memasuki tahun ketiga.

“Tiada penyelesaian sempurna untuk ini,” kata anggota Pasukan Tindak Balas COVID-19 Rumah Putih dalam temu bual dengan Reuters.

Kenyataan itu dibuat berikutan pegawai kesihatan AS kini merangka panduan COVID-19 baharu berhubung pelbagai aspek tindak balas virus berikutan kes Omicron menunjukkan trend penurunan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button