Dunia

10 penduduk Palestin ditahan Israel serbu kem pelarian Jalazone

Sengaja cetus konfrontasi hingga seorang pemuda cedera di muka

RAMALLAH, 20 Rejab 1443H, Selasa – Pasukan penjajah Israel menyerbu kem pelarian Jalazone, utara Ramallah awal hari ini, sehingga mencetuskan konfrontasi dengan penduduk Palestin dan menahan 10 mereka.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu, penduduk kem bertempur dengan tentera Israel sehingga menyebabkan seorang pemuda cedera di muka dan kini dirawat di hospital.

Menurut sumber, tentera pengganas meninggalkan kem selepas menahan 10 rakyat Palestin berumur antara 15 hingga 35 tahun.

Di Tebing Barat, tentera Israel menahan tujuh rakyat Palestin ketika serbuan di kem pelarian Arroub di daerah Hebron, selepas rumah mereka diserbu serta digeledah.

Di kampung Beit Fajjar, selatan Bethlehem, askar rejim menahan seorang remaja Palestin berusia 16 tahun di pusat pemeriksaan di pinggir kampung, selepas dia dihalang serta disoal siasat.

Sementara di utara Tebing Barat, dua pemuda Palestin turut ditahan di bandar Jaba dan Anza, selatan bandar Jenin.

Sumber tempatan berkata, askar Israel menyerbu rumah mereka dan menahan dua pemuda terbabit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button