Pendapat

Pemegang kuasa buat bodoh satu persatu peruntukan Syariah dirobek

Bila bab politiking mereka nombor satu, malang betul kita!

RAMAI yang tidak perasan, selain Habeas Corpus kes anak-anak mualaf semalam, ada satu lagi perkembangan di mahkamah yang mendukacitakan kita sebagai umat Islam.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 adalah tidak sah selepas undang-undang ini dicabar oleh pertubuhan Sisters in Islam (SIS) di mahkamah.

Keputusan tersebut disampaikan oleh Ketua Hakim Negara sendiri iaitu Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Dengan kata lain, seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor adalah tidak berperlembagaan.

Walau satu demi satu peruntukan perundangan Syariah dirobek melalui keputusan-keputusan kehakiman sebegini, kita masih lihat mereka yang memegang kuasa buat bodoh sahaja.

Tetapi bila bab politiking, nombor satu. Boleh kata segala jenis strategi, segala jenis jentera, segala jenis cybertrooper dan segala jenis kabel boleh keluar untuk mencapai apa yang dikehendakinya.

Malang betul kita. Malang betul.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
22 Februari 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button