Berita Utama

Politik tidak ‘kotor’ tetapi sebahagian kesyumulan agama

Siyasah penting dalam jaya agenda dan pertahan kesucian agama

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 20 Rejab 1443H, Selasa – Siyasah atau politik penting dalam menjayakan agenda dan mempertahankan kesucian agama Islam.

Tetapi malangnya ada segelintir pihak menjadikan agama sebagai modal politik mereka.

Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad menegaskan, keadaan itu menyebabkan ramai menjadi alergik bila disebut bahawa politik itu sebahagian daripada kesyumulan agama.

Lebih malang lagi, jelasnya, apabila ada yang meninggalkan politik dengan mengatakannya sebagai kotor dan lebih selesa berjuang di luar gelanggang iaitu di luar medan perang sebenar.

“Pada akhirnya, mereka yang mendaki tangga politik itulah yang menentukan (situasi politik). Membiarkan (mereka meninggalkan politik) sekadar membuat bising di luar gelanggang.

“Berjuanglah dalam gelanggang politik. Tidak semestinya anda meninggalkan amal dakwah.

“Bahkan ia sebahagian daripadanya. Seruan saya buat diri sendiri dan para pemuda sekalian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ekoran itu, beliau mengajak masyarakat berjuang dengan menggunakan gelanggang politik melalui landasan yang sebenar.

“Pintu parti BERJASA Malaysia yang bebas warlord, bebas ‘political baggage’, bebas pemimpin korup – salah guna kuasa – dakwaan mahkamah. Marilah berjuang bersama,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button