Berita UtamaDunia

Tentera Zionis halang ambulans bawa mangsa tembakan

Mohammad Shehadeh meninggal dunia akibat cedera parah

TEBING BARAT, 21 Rejab 1443H, Rabu – Tentera negara pengganas Israel menembak mati seorang remaja lelaki Palestin berusia 14 tahun di bandar al-Khader, berhampiran bandar Bethlehem di selatan Tebing Barat.

Menurut aktivis tempatan, Ahmad Salah, Mohammad Shehadeh ditembak dan cedera parah ketika konfrontasi antara askar yang menyerbu bandar itu dengan pemuda tempatan.

Katanya, tentera melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang mencederakan Mohammad, sebelum menahannya.

Lebih kejam lagi, tentera Zionis tersebut turut menghalang perjalanan ambulans.

Kementerian Kesihatan kemudian berkata, Mohammad meninggal dunia akibat cedera parah.

Pembunuhan itu berlaku beberapa hari selepas seorang lagi remaja, Nehad Amin Barghouti, 19 tahun, ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat.

Kumpulan hak asasi manusia Palestin dan antarabangsa sudah lama mengecam tindakan yang dilihat sebagai dasar menembak untuk membunuh dan menggunakan kekerasan secara berlebihan.

Kumpulan hak asasi Israel, B’Tselem berkata, ia telah merekodkan 77 kematian rakyat Palestin di tangan tentera Zionis di Tebing Barat tahun lepas.

Katanya, lebih separuh daripada mereka yang terbunuh tidak terbabit dalam sebarang serangan.

Awal bulan ini, Amnesty International dalam laporan baharu berkata, Israel sedang melakukan ‘jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin’ dan mesti bertanggungjawab kerana menganggap mereka sebagai ‘kumpulan kaum yang lebih rendah’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button