Berita Utama

Kes COVID-19 tinggi, Perak tangguh program kerajaan

Pemberian bantuan kecemasan, vaksinasi diteruskan dengan SOP ketat

IPOH, 21 Rejab 1443H, Rabu – Semua program kerajaan Perak ditangguhkan atas nasihat dan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara ketika ini. 

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan, program melibatkan penyampaian bantuan kecemasan, kes COVID-19 serta program vaksinasi dan dos penggalak diteruskan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta supaya semua rakyat negeri Perak khususnya, mengamalkan SOP serta amalan-amalan kesihatan bagi membendung penularan kes COVID19,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang belum mendapat suntikan vaksinasi ketiga (dos penggalak) juga diseru supaya segera berbuat demikian.

Mengikut laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 1,025 kes baharu dicatatkan di Perak semalam. (REF https://covid-19.moh.gov.my/terkini-negeri/2022/02/kemaskini-negeri-covid-19-di-malaysia-22022022).-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button